Carian
Xiaomi Melancarkan Fengmi 4K Max Laser Projector Dengan Kemampuan Lontaran Jarak Dekat
September 17, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi dan produk televisyen agak terkenal, tetapi jika inginkan kelainan – Xiaomi turut tawarkan projektor dengan sistem operasi terbina agar boleh menggantikan televisyen. Kesemua projektor dari Xiaomi ini agak hebat dan banyak variasi, antara yang popular adalah jenis lontaran jarak dekat. Terkini mereka hadir dengan Xiaomi Fengmi 4K Max Laser Projector pula.

Seperti nama produk, ia boleh memancar “skrin” dengan resolusi 4K dengan saiz paparan yang mencapai sehingga 200-inci. Kecerahan pula boleh mencapai sehingga 4500 ANSI lumen dengan gamut warna yang tinggi serta nilai HDR yang baik. Projektor ini menjalankan sistem operasi tersendiri FengOS yang mana mempunyai pengoptimasian imej tersendiri FAV, menyokong kandungan HDR10+ serta HLG.

Xiaomi mendakwa yang projektor laser mereka ini adalah produk dengan gred wayang, yang menjanjikan paparan tidak pantulan. Harga jualan adalah RMB27,999 iaitu melebihi RM17,000. Seperti biasa, jualan terhad di China sahaja.

Komen