Cari @ Amanz

Minggu ini ialah minggu yang sibuk dengan pelancaran jam tangan pintar yang menyasarkan golong peminat aktiviti sukan. Selepas Apple Watch Series 6 dan Galaxy Watch3 Titanium, Garmin Forerunner 745 turut telah dilacarkan. Seperti Apple Watch Series 6, Forerunner 745 juga hadir dengan sensor pengimbas kepekatan oksigen dalam darah (SpO2).

Jam mempunyai skrin berbentuk bulat sebesar 1.2″ dengan kaca Gorilla Glass DX. Storan pula membolehkan sehingga 500 lagu disimpan terus pada pergelangan tangan pemakai Forerunner 745. Lagu dari Spotify dan Deezer boleh diselarikan dengan tambatan terus kepada sepasang fon telinga bluetooth. Sistem pembayaran Garmin Pay juga turut disokong.

Sebagai jenama jam tangan pilihan peminat aktiviti larian, Foreruner 745 dilengkapi pelbagai sensor seperti pengimbas nadi, accelerometer, barometer, termometer, SpO2, dan GPS.

Dengan sekali caj ia boleh kekal beroperasi sehingga seminggu atau 16 jam sekiranya GPS diaktifkan. Kemampuan kalis air pula ialah sehingga 5 ATM, yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti renang. Seperti jam tangan Garmin yang lain cir mengesan bateri tubuh, nadi luar biasa, kitaran haid, tempoh pemulihan dan banyak lagi disertakan.

Garmin Forerunner 745 dijual pada harga $500 (~RM 2073) seutas dalam warna Neo Tropic, Magma Red, Whitestone dan Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd