Cari @ Amanz

OnePlus 7T adalah antara peranti OnePlus paling menarik digunakan. Ini kerana dari segi harga dan penawaran spesifikasi, ia antara yang berbaloi. Ia dijana dengan cip Snapdragon 855+, skrin 90Hz, pengecasan pantas, skrin AMOLED dan harga terkini adalah bawah RM2000 dengan memori 8GB RAM. Malah, peranti ini lebih galak dibeli berbanding OnePlus Nord.

Peranti ini sudah pun ditamatkan pengeluaran dan penjualan di China. Di Malaysia juga sudah kehabisan stok. Terkini di China, OnePlus dilihat hadir dengan OnePlus 7T edisi khas berwarna putih pada panel belakang serta rangka berwarna perak. Ia kelihatan cantik dan unik serta menawan. Sayang sekali menurut sumber, peranti ini besar kemungkinan bukan untuk dijual dan hanya dihasilkan sebagai pemberian hadiah di China sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd