PlayStation 5 Dijangka Ditawarkan Di Malaysia Seawal November

PlayStation 5 Dijangka Ditawarkan Di Malaysia Seawal November

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

Sony hari ini telah mengumumkan penawaran konsol terbaru mereka pada peringkat global, dimana PlayStation 5 bakal ditawarkan untuk umum bermula November 2020 ini.

PlayStation 5 hadir dalam dua variasi, iaitu PlayStation 5 dan juga PlayStation 5 Digital Edition. Ia menawarkan sejumlah kemaskini pada spesifikasi, masa muatan yang lebih pantas, serta sokongan grafik yang lebih realistik.

Sony mengumumkan PlayStation 5 akan ditawarkan dibeberapa buah negara bermula 12 November ini, sementara secara global bermula 19 November ini. Dengan pengumuman ini, jangkaan awal untuk penawaran konsol ini di Malaysia adalah pada 19 November ini.



TIPS & ULASAN