Sony telah pun memperkenalkan kamera berbingkai penuh dengan rekaan seakan kamera padat, iaitu Sony a7C. Lanjutan daripadanya, kini Sony Malaysia turut telah memulakan pra-tempahan untuk kamera berkenaan bagi pengguna tempatan.
Sony a7C hadir dengan sensor 24-megapixel Exmor-R CMOS, menggunakan cip pemprosesan BIONZ-X. Ia hadir dengan sokongan merakamkan video pada resolusi 4K dengan kadar 30fps, serta dilengkapi sistem penstabilan imej IBIS.
Melengkapkan kamera ini juga adalah paparan LCD dengan sokongan skrin boleh-sentuh, serta sesuai untuk tujuan vlog.

Di Malaysia, Sony a7c ditawarkan pada harga RM8399 untuk badan sahaja, sementara kit dengan lensa zum FE28-60nm ditawarkan pada harga RM9899.
Beberapa pilihan berkas dengan gabungan lensa turut ditawarkan oleh pihak Sony untuk dipra-tempah sehingga 15 Oktober 2020 kelak.


