Realme 7i Kini Rasmi – Snapdragon 662 Dan Bateri 5000 mAh

Realme 7i Kini Rasmi – Snapdragon 662 Dan Bateri 5000 mAh

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

Di acara khas di Indonesia petang ini, Realme 7i akhirnya dilancarkan secara rasmi. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD HD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Bagi memastikan kelancaran peranti, cip Snapdragon 662 dipadankan dengan memori sebesar 8GB dan storan pula sebesar 128GB.

Yang menarik perhatian kami ialah bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Ini ialah kapasiti yang besar untuk peranti pada tahun 2020. Spesifikasi kamera pula ialah 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel untuk kamera utama. Sistem yang disokong ialah sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan monokrom.

Kamera swafotonya pula ialah 16 Megapixel. Kamera hadapan ini diletakkan di dalam lubang pada skrin bagi mengelakkan penggunaan takuk. Ciri menarik aplikasi kamera ialah sokongan Cinema Mode untuk video 21:9 dan penapis mod malam.

Seperti Realme 7, Realme 7i mempunyai pengimbas jari fizikal tetapi diubah ke panel belakang. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5mm dan port pengecasan USB-C tetapi tiada sokongan NFC.

Di Indonesia Realme 7i dijual pada harga IDR 3,199,000 (~RM887) dalam warna Aurora Green, dan Polar Blue.



TIPS & ULASAN