Pada tahun 2018, Apple dilaporkan akan hadir dengan fon kepala bertaraf studio – yang mana mungkin akan dijual pada harga mahal bagi memfokuskan penggunaan untuk golongan tertentu. Bulan Mei lepas, Apple dikatakan akan menggunakan nama AirPods Studio bagi produk ini – yang mana menyeragamkan nama AirPods dengan produk audio mereka yang lain.

Terkini, imej sebenar yang dikatakan adalah set fon kepala ini telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan sedikit retro dengan bahagian penutup telinga berbentuk bujur, serta mempunyai pilihan versi Sport atau Premium. Versi Sport dikatakan akan menyertakan penutup telinga yang lebih besar, fabrik yang lebih mudah untuk kulit bernafas serta ianya lebih ringan. Imej yang tertiris ini adalah versi versi Sport. Tetapi, turut akan hadir nanti adalah versi yang lebih premium yang menggunakan bahan seperti kulit.
Watermark-less white.
— Fudge (@choco_bit) September 16, 2020
I did say they looked a bit worse IMO pic.twitter.com/AiYNMyfktR
AirPods Studio ini dilaporkan akan menyertakan sokongan pembatalan hingar aktif serta tidak akan ada port bicu audio 3.5mm. Ia adalah nirwayar sepenuhnya dengan pengecasan USB-C. Menjadikan aksesori audio ini lebih unik adalah, ia dikatakan tidak akan ada bahagian kiri atau kanan yang biasanya dilabelkan “L” atau “R”. Ini kerana menurut sumber, ia boleh digunakan pada mana-mana arah mengikut citarasa pengguna dan ia mempunyai sensor untuk mengesan telinga mana.
More images 👇 pic.twitter.com/kRI0M5eSF4
— Jon Prosser (@jon_prosser) September 16, 2020
Menurut peniris terkenal Jon Prosser, Apple mungkin akan menawarkan dua pilihan warna iaitu kelabu atau putih. Beliau turut menyediakan imej pengolokan bagi AirPods Studio ini. Harga jualan dikatakan akan bermula dari $350, iaitu sekitar RM1,450. Tetapi kami yakin harganya akan lebih mahal.