GoPro Hero9 Black Berharga RM2099 Di Malaysia

GoPro Hero9 Black Berharga RM2099 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

GoPro Hero9 Black baru sahaja dilancarkan secara rasmi dan kini, pihak GoPro telah berkongsi lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, GoPro Hero9 Black dijual di Malaysia pada tanda harga RM2,099 untuk seunit dan ia boleh didapatkan bermula hari ini.

Pada masa sama, GoPro Hero9 Black turut hadir dengan sejumlah aksesori menarik terbaru termasuk Max Lens Mod, Media Mod, Display Mod dan Light Mod bertujuan meningkatkan lagi tahap kestabilan pada video. Buat masa ini, harga untuk Max Lens Mod dan Media Mod belum diumumkan. Manakala, Display Mod serta Light Mod pula masing-masing dijual pada harga RM399 dan RM249.

Untuk ketersediaan kesemua aksesori ini, Max Lens Mod, Media Mod dan Display Mod akan ditawarkan di pasaran Malaysia sekitar suku keempat tahun ini. Manakala, Light Mod pula kini telah sedia ditawarkan di Malaysia menerusi sejumlah pengedar sah yang terpilih.

GoPro Hero9 Black merupakan kamera aksi bersaiz kompak. Ia hadir  dengan skrin bersaiz 1.4-inci dihadapan yang menawarkan panel berwarna. Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan sensor kamera 23.6-Megapixel. Melaluinya juga, pengguna boleh merakam gambar pada resolusi 20MP, selain turut menggunakannya untuk rakaman video pada kadar resolusi 5K/30p.



TIPS & ULASAN