Cari @ Amanz

Vivo dikatakan bakal muncul dengan siri untuk peranti pintar terbaru mereka tidak lama lagi. Dikenali sebagai siri Vivo V20, jenama ini dijangka muncul dengan sekurang-kurangnya tiga model berbeza – termasuklah Vivo V20, Vivo V20 Pro dan Vivo V20 SE.

Sudah menjadi adat, setiap kali ada perancangan pengenalan produk terbaru. Pastinya, akan terdapat sejumlah maklumat berkaitan peranti yang akan tertiris awal. Sama seperti siri Vivo V20 sendiri, spesifikasi peranti ini dikatakan telah dikongsi di arena web dengan beberapa imej yang memperlihatkan rekaan pada peranti.

Bermula dengan vivo V20. Peranti ini dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia turut menampilkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.2%, selain terdapatnya pengimbas cap jari pada paparan. Ia dikhabarkan menggunakan cip pemproses Snapdragon 720G dengan gabungan 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, kamera utama dengan lensa 64-Megapixel dan kamera swafoto 44-Megapixel.

Seterusnya, Vivo V20 SE pula dipercayai hadir dengan saiz paparan yang sama seperti Vivo V20. Selain, turut menggunakan cip Snapdragon 665 bersama memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut memuatkan bateri sebesat 4,100mAh dengan pengecasan pantas 33W, kamera utama dengan lensa 48-Megapixel dan kamera hadapan 32-Megapixel.

Beralih kepada Vivo V20 Pro pula, terdapat sumber berkata ia dipercayai model yang dijenamakan semula dari Vivo S7 5G yang dilancarkan di China sebelum ini. Mesra diingatkan, maklumat yang tertiris ini masih di peringkat ura-ura dan untuk ketahui lanjut kita nantikan kemunculan tuan empunya badan kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd