Aplikasi telesidang semakin perlu di zaman Covid-19. Google Meet ialah antara aplikasi paling banyak digunakan kerana mudah dan mempunyai sokongan akaun Google yang dimiliki ramai. Google kelak akan mengemaskini Meet untuk menyokong paparan 49 panggilan video secara serentak.

Secara lalai mod ini tidak diaktifkan kerana selama ini hanya 9 video boleh dipaparkan serentak. Tetapi selepas kemas kini diberikan, pengguna boleh memilih untuk memaparkan sehingga 49 panggilan video serentak pada skrin. Untuk mengakses ciri ini, pengguna perlu memilih paparan dalam susunan jubin dan kemudian menggunakan talam lungsur untuk memilih jumlah jubin video yang ingin dipaparkan.
Kemaskini akan diberikan bermula 21 September kelak kepada kesemua pengguna global. Tetapan paparan sehingga 49 pengguna ini akan berubah semula kepada tetapan lalai setiap kali panggilan video dilakukan. Pengguna perlu melakukan pemilihan secara manual setiap kali Meet digunakan.