Apple Menawarkan Kemaskini Safari 14 Untuk Mac

Apple Menawarkan Kemaskini Safari 14 Untuk Mac

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini pelayar web Safari 14 secara berasingan kepada pengguna MacOS, sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelbagai ciri-ciri baru terlebih dahulu sebelum MacOS Big Sur dilancarkan.

Safari 14 menawarkan sejumlah pembaharuan, termasuk rekaan bentuk bar tab yang baru, halaman permulaan yang dikemaskini, selain halaman Laporan Privasi yang memperlihatkan pelbagai penjejak web untuk laman-laman yang anda lawati yang telah disekat atau dikawal. Safari 14 juga turut membuat sokongan Adobe Flash untuk sekuriti yang lebih baik.

Bagi anda yang menggunakan MacOS Mojave, boleh menyemak halaman Kemas Kini Perisian pada Mac, dan mulakan naik-taraf Safari 14 hari ini.



TIPS & ULASAN