Cari @ Amanz

Samsung akan mengadakan acara Unpacked pada 23 September ini untuk melancarkan beberapa produk baharu. Produk utama yang akan diperlihatkan ialah Samsung Galaxy S20 FE 5G yang telah beberapa kali tertiris dan telahpun kami laporkan sebelum ini. Tetapi @evleaks telah meniriskan infografik rasmi peranti ini dan sekaligus merungkai kesemua misteri spesifikasi.

Jadi apakah spesifikasi lengkap peranti ini? Ia menggunakan skrin 6.5″ SAMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 865 (versi 5G) atau Exynos 990 (versi 4G), memori sebesar 6GB RAM , storan 128GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan hanya 15W.

Tri-kamera utama pula ialah 12+8+12 MPdan kamera swafoto pula ialah 32-MP. Lensa sudut lebar, telefoto dan ultra sudut lebar digunakan pada kamera utama. Rakaman video sehingga 8K 24FPS boleh dilakukan seperti siri S20 yang lain dan Note20. Sistem telefoto boleh melakukan zum optikal hibrid sehingga 3X dan digital pula sehingga 30X.

Ciri lain yang disahkan ialah pengimbas cap jari dalam skrin, kemampuan kalis air IP68, pengecasan nirwayar dan pengecasan peranti lain secara nirwayar juga. Enam warna bakal ditawarkan dan terdapat ura-ura harga jualannya adalah sekitar €700 (~RM3424) yang adalah lebih murah berbanding jualan S20 di Malaysia iaitu RM3599 (dengan skrin lebih kecil 6.1″).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd