Cari @ Amanz

Siri kad grafik terbaru daripada NVIDIA, iaitu GeForce RTX 3000 kini sudah mula memasuki pasaran tempatan melalui model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080.

ASUS adalah diantara jenama komponen pertama yang memperlihatkannya di pasaran ini, dengan model ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3080. Ia hadir dengan rekaan penyejuk yang cukup berbeza berbanding dengan model Founders Edition keluaran NVIDIA.

Model kad grafik TUF Gaming ini hadir dengan bongkah penyejuk aluminum yang menggunakan tiga kipas penyejuk untuk membantu mengalirkan haba dengan lebih cekap. Kipas-kipas ini juga dioptimasikan untuk tidak berputar jika kad grafik tersebut tidak berada di satu tahap suhu.

Dari segi spesifikasi dalaman, kad grafik ini hadir dengan spesifikasi yang sama dengan GeForce RTX 3080 yang diumumkan NVIDIA. Ia hadir dengan 8704 teras CUDA dan menggunakan memori GDDR6X sebanyak 10GB dan menyokong antaramuka PCIe 4.0.

Ia juga mempunyai beberapa palam output untuk video, termasuklah dua palam HDMI 2.1 dan tiga palam DisplayPort 1.4a. Tidak seperti model Founders Edition, ia dikuasakan dengan dua palam kuasa 8-pin PCIe.

Menurut ASUS Malaysia, kad grafik ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM3360 melalui kedai-kedai pengedar komponen komputer tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd