Carian
Rekaan Realme Narzo 20 Pro Tertiris – Sokong Kuad-Kamera Utama, Kamera Swafoto Berkembar
September 18, 2020 Amy Maizuraa

Siri Realme Narzo, sebuah siri terbaru daripada Realme yang dijadualkan muncul secara rasmi pada 21 September ini. Maklumat tertiris berkaitan siri ini juga dilihat semakin kerap muncul di arena web. Jikalau sebelum ini, maklumat berkaitan spesifikasi peranti ini telah pun dikongsi. Kini, giliran rekaannya pula didakwa tertiris.

Ia diperlihatkan dalam beberapa imej tersebar dan ia diperoleh daripada laman Twitter milik CEO Realme iaitu Madhav Sheth. Rekaan ini dipercayai milik Realme 20 Pro – ia dilihat hadir dengan sokongan kuad-kamera utama dan kamera swafoto berkembar. Seterusnya, jika diperhatikan dengan teliti, rekaan modul pada kamera utama kelihatan sama dengan siri Realme 7 sebelum ini. Namun begitu, hantaran tersebut tidak pula mendedahkan konfigurasi kameranya.

Seterusnya, panel belakang peranti pula dilihat hadir dengan tata hias menarik dengan binaan berkilat seakan bahan yang digunakan adalah berasaskan kaca. Tapi, ini hanyalah spekulasi awal semata-mata dan belum diketahui kesahihannya. Di sini, terdapat juga tektur berbentuk V dengan kesan bercahaya. Pada masa sama, terdapat juga penjenamaan “Narzo designed by Realme” pada bahagian bawah. Untuk perisian, Realme mengesahkan Realme Narzo 20 hadir dengan antaramuka Realme UI 2.0.

Realme Narzo 20 Pro dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci FHD+ dengan kadar segaer semula 90Hz. Ia juga akan menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G95, memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB. Konfigurasi kameranya pula terdiri daripada 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan baterinya pula sebesar 4,500mAh.

Komen