Sistem imbasan wajah sudah menjadi kelaziman pada telefon pintar, tablet dan pintu rumah. Bagi mereka yang memang tidak ingin menggunakan kunci fizikal, ia adalah sistem yang lebih pantas dan menyenangkan. Di China, Cadillac mula menawarkan sistem menyahkunci kenderaan menggunakan imbasan wajah
Cadillac XT4 2021 dilengkapi tri-kamera imbasan 3D terbina pada bingkai pintu pemandu. Dua kamera infra merah dan satu kamera RGB yang digunakan boleh menyahkunci kenderaan dalam masa dua saat. Sebanyak lapan wajah boleh dikenali oleh kenderaan. Jika pengecaman gagal, terdapat juga sistem pengimbas cap jari dan pin.
Pada waktu ini sistem pengecaman biometri hanya ditawarkan kepada pelanggan di China. Ini mungkin kerana sistem imbasan wajah sudah menjadi lazim untuk membeli makanan, membeli tiket pengangkutan awam dan digunakan kerajaan untuk memantau rakyat.
Kepada pembaca Amanz, adakah sistem seperti ini membuatkan anda lebih ingin membeli kenderaan ataupun anda seperti kami masih memilih kunci fizikal yang lebih tradisional.