Bose Kini Menawarkan Quiet Comfort 35 II Versi Gaming

Bose Kini Menawarkan Quiet Comfort 35 II Versi Gaming

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

Bose ialah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan sistem pembatalan hingar pada fon kepala. Bermula dengan penghasilan fon kepala untuk kegunaan aeronautik, mereka kemudian mempelopori penggunaannya pada fon telinga muzik kegunaan massal. Kini fon kepala popular mereka Quiet Comfort 35 II ditawarkan pula untuk peminat permainan video.

Bose Quiet Comfort 35 II Gaming Headset ialah fon kepala yang sama cuma dengan aksesori mikrofon tambahan pada penutup telinga kanan. Ia disambungkan terus ke bicu audio 3.5mm sedia ada. Malang sekali untuk menggunakannya sebagai set kepala gaming, mod bluetooth tidak boleh digunakan. Satu lagi kekurangan pengecasan masih menggunakan port mikro USB yang kini sudah agak berusia.

Dengan sekali caj fon kepala boleh berfungsi sehingga 40 jam dalam mod sambungan berwayar atau 20 jam dalam mod nirwayar. Tambahan lagi fon kepala ini melepasi piawaian untuk digunakan bersama Discord dan menyokong seruan pembantu maya Google Asssitant dan Alexa. Bagi yang berminta Bose Quiet Comfort 35 II Gaming Headset ditawarkan pada harga $330 sepasang.



TIPS & ULASAN