WhatsApp Web Kelak Sokong Fungsi Pengesahan Menggunakan Imbasan Cap Jari

WhatsApp Web Kelak Sokong Fungsi Pengesahan Menggunakan Imbasan Cap Jari

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .


Kebiasaannya, ramai antara kita gemar menggunakan perkhidmatan pemesejan WhatsApp versi web terutamanya ketika berada di tempat kerja. Dalam usaha memberi yang terbaik buat penggunanya, pihak WhatsApp kini dilaporkan sedang meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pada aplikasi mereka dengan ciri baru lagi.

Di mana, mereka dikatakan sedang menguji fungsi pengesahan menggunakan imbasan cap jari untuk mengaktifkan WhatsApp versi web. Ketika ini, untuk menggunakan WhatsApp versi web kita hanya perlu mengimbas kod QR pada skrin desktop atau komputer riba. Akan tetapi, melalui ciri terbaru ini ia membolehkan pengguna mengaktifkan WhatsApp web dengan menggunakan imbasan cap jari.

Namun begitu, masih belum jelas sama ada sistem pengesahan cap jari ini akan menggantikan fungsi sedia ada ataupun mungkin mengekalkan kedua-duanya sebagai pilihan. Buat masa ini, ciri ini masih lagi di peringkat pembangunan dan bakal menerima beberapa penambahbaikan sebelum diperkenalkan dalam versi penuh.



TIPS & ULASAN