Mozilla Menamatkan Aplikasi Firefox Notes Dan Send

Mozilla Menamatkan Aplikasi Firefox Notes Dan Send

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

Mozilla sedia mempunyai perisian tambahan untuk digunakan bersama-sama dengan pelayar web Firefox dan juga akaun mereka. Antaranya adalah Firefox Notes, iaitu aplikasi mengambil Nota seakan Google Keep – tetapi untuk digunakan pada pelayar web mereka serta diselarikan dengan akaun Firefox. Kemudian adalah Firefox Send, iaitu perisian untuk berkongsi fail yang mana fail tersebut akan disulitkan.

Mozilla telah mengumumkan yang kedua-dua Firefox Notes dan Firefox Send akan dimatikan. Firefox Send dimatikan kerana ada pengguna tidak bertanggungjawab menghantar fail-fail merbahaya. Manakala, Firefox Notes pula hanyalah eksperimen untuk penyelarian data yang disulitkan. Disebabkan ia sudah berjaya, Notes menjadi alatan tambahan dan kini dimatikan. Pengguna Notes turut berpeluang mengeksport nota-nota mereka sebelum November ini.

Mozilla sudah pun menamatkan semua projek dalam program Test Pilot mereka. Jadi perkara ini memang dijangka akan berlaku. Dengan perubahan besar terhadap pelayar web Mozilla, sama-sama kita nantikan perkara baru yang mungkin akan mereka perkenalkan nanti.



TIPS & ULASAN