Realme UI 2.0 Juga Bakal Diumumkan Pada 21 September Ini

Realme UI 2.0 Juga Bakal Diumumkan Pada 21 September Ini

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

Realme telah menjadualkan acara pelancaran untuk siri Realme Narzo 20 pada 21 September ini. Pada acara berkenaan juga, Realme dikatakan akan mengumumkan pelancar terbaru mereka iaitu Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Siri Realme Narzo 20 juga telah disahkan hadir dengan pelancar terbaru ini.

Memetik beberapa sumber, antara ciri menarik yang ditawarkan pada pelancar kali ini termasuklah : sokongan mod gelap dipertingkatkan dengan tiga pilihan kehitaman berbeza, laci aplikasi serba baharu, panel pemberitahuan yang direka semula, sokongan ikon pihak ketiga, pengecasan pada waktu malam yang dioptimumkan, kebolehkan kod QR untuk sambungan ke Wi-Fi peranti mudah alih dan banyak lagi.

Selain itu, antaramuka pada aplikasi kameranya juga ditambah baik dengan pintasan untuk suntingan gambar dan perkongsian segera ke laman media sosial. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak.



TIPS & ULASAN