Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah memahami siri Galaxy A yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy A01 Core.

Samsung Galaxy A01 Core hadir dengan skrin 5.3-inci HD+, dijana cip MT6739, memori 1GB RAM, dan storan 16GB.

Telefon pintar ini dilengkapi kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang 8-megapixel. Menjananya juga adalah bateri 3000mAh dengan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Samsung Galaxy A01 Core ini turut hadir dengan sistem operasi berasaskan Android 10 Go Edition, dan ditawarkan dalam pilihan  warna biru, hitam dan merah. Bagi anda yang bermminat, boleh mendapatkan ia pada harga RM329.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd