Cari @ Amanz

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kini telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan mereka akan mengharamkan aplikasi TikTok dan WeChat dari kedai aplikasi di Amerika Syarikat bermula 20 September ini.

Dengan perintah ini, rakyat Amerika Syarikat tidak lagi boleh memuat-turun kedua-dua aplikasi berkenaan dari Apple AppStore atau Google Play Store.

Pada masa yang sama, bermula 20 September juga, Amerika Syarikat tidak membenarkan sebarang pengehosan WeChat berpusat di Amerika Syarikat, atau sebarang perkhidmatan yang membolehkan ia beroperasi. Perintah sama turut dikeluarkan untuk TikTok tetapi bermula November 2020 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd