(Ura-Ura) OnePlus 8T Dijangka Diperkenalkan Pada Oktober Ini

(Ura-Ura) OnePlus 8T Dijangka Diperkenalkan Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2020 oleh .

OnePlus sering memperkenalkan dua siri peranti mercu setiap tahun. Selepas memperkenalkan OnePlus 8 beberapa bulan lepas, kini pengeluar peranti berkenaan dalam persiapan untuk memperkenalkan siri peranti OnePlus 8T.

Mengikut info tertiris yang kini hadir ke arena web, OnePlus diperkatakan mungkin memperkenalkan OnePlus 8T pada pertengahan Oktober ini.

Ia dikatakan bakal hadir dengan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865+, dan mungkin mmenyertakan pengecas pantas 65W.

Sebelum ini, ia turut telah diperkatakan yang mana OnePlus mungkin tidak memperkenalkan OnePlus 8T Pro melalui siri baru ini.



TIPS & ULASAN