Fungsi Gambar-Dalam-Gambar YouTube Untuk iOS 14 Hanya Boleh Digunakan Pelanggan Premium

Fungsi Gambar-Dalam-Gambar YouTube Untuk iOS 14 Hanya Boleh Digunakan Pelanggan Premium

Diterbitkan pada Sep 20, 2020 oleh .

Ketika iOS 14 diperlihatkan kepada umum beberapa bulan yang lalu antara ciri baharu yang menarik ialah gambar-dalam-gambar (PIP) apabila menonton video. Dengan ciri seakan Android ini, pemilik iPhone boleh menonton video sambil menggunakan aplikasi lain. Tetapi nampaknya ciri ini tidak boleh digunakan oleh sesetengah pengguna YouTube.

Hanya pelanggan YouTube Premium boleh menggunakan ciri PIP apabila laman dilayari menerusi Safari. Sedikit aneh sekiranya video YouTube ditonton pada laman lain, PIP boleh pula digunakan oleh pengguna bukan Premium. Pada masa yang sama, pengguna iPad juga tidak melaporkan masalah mengakses ciri ini pada tablet iPadOS mereka. Maka tidak diketahui sama ini sekadar pepijat ataupun cirinya dihalang oleh YouTube kerana masalah tidak ditemui sepanjang tempoh ujian Beta.



TIPS & ULASAN