OnePlus Secara Rasminya Mengesahkan OnePlus 8T 5G Akan Datang Tidak Lama Lagi

OnePlus Secara Rasminya Mengesahkan OnePlus 8T 5G Akan Datang Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 20, 2020 oleh .

OnePlus kini mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu OnePlus 8T dengan sokongan rangkaian 5G tidak lama lagi.

Melalui halaman khas yang disediakan, pihak OnePlus turut menyertakan sebuah video acah menggunakan pelakon Iron Man.

Pihak OnePlus tidak berkongsi berkenaan apakah yang bakal dibawakan oleh telefon pintar ini. Mengikut desas-desus, OnePlus dijangka menyertakan spesifikasi cip Snapdragon 865+ bersama dengannya, selain penawaran kadar segar semula tinggi, dan ciri-ciri mercu lain.

Dengan pihak OnePlus sendiri mengesahkan perkara mengenai pengenalan OnePlus 8T 5G ini, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam beberapa minggu akan datang ini.



TIPS & ULASAN