OPPO Watch ECG Edition Akan Dilancarkan 24 September Ini

OPPO Watch ECG Edition Akan Dilancarkan 24 September Ini

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Terdapat beberapa jam tangan pintar dengan sensor ECG di pasaran seperti Galaxy Watch3 dan Apple Watch5. Dengan sensor ini kesihatan jantung dapat dipantau dengan lebih tepat sehingga mengesan serangan angin ahmar lebih awal. Oppo tidak mahu ketinggalan dan OPPO Watch ECG Edition akan dilancarkan pada 24 September kelak.

Tiada perubahan pada rekabentuk dapat dilihat pada versi ini. Masih mengekalkan muka jam berbentuk empat segi dan dua butang kawalan pada sisi kanan. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Wear OS dengan pelancar ColorOS.

Penggunaan sensor ECG telahpun diluluskan oleh National Medical Product Administration (NMPA) yang mengawal penggunaan peranti kesihatan di China.

Malang sekali kesemua jam dengan ECG di pasaran Malaysia tidak menerima pelepasan dari KKM. Oleh itu seperti yang berlaku pada Apple Watch S5 dan Galaxy Watch3, ciri ECG tidak diaktifkan. Maka jika Oppo Watch ECG Edition dilancarkan di Malaysia ia pasti menerima nasib yang sama.



TIPS & ULASAN