Honor 9S Kini Hadir Ke Malaysia – Menggunakan Android 10 Bersama AppGallery, Berharga RM359

Honor 9S Kini Hadir Ke Malaysia – Menggunakan Android 10 Bersama AppGallery, Berharga RM359

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Honor kini telah memperkenalkan telefon pintar dengan spesifikasi asas-pertengahan terbaru, dinamakan Honor 9S.

Honor 9S hadir dengan skrin 5.45-inci, dijana cip Helio P22, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3020mAh.

Untuk rakaman gambar, Honor 9S hadir dengan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini hadir bersama dengan sistem operasi Android 10, serta menjalankan Huawei App Gallery.

Honor 9S akan ditawarkan di Malaysia bermula 28 September 2020 ini, dan ditawarkan pada harga RM359.



TIPS & ULASAN