NVIDIA Mungkin Hadir Dengan Beberapa Kad Grafik RTX 3000 Baru Tidak Lama Lagi

NVIDIA Mungkin Hadir Dengan Beberapa Kad Grafik RTX 3000 Baru Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Pada awal bulan ini, NVIDIA telah memperlihatkan tiga model kad grafik baru yang menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere, termasuklah NVIDIA GeForce RTX 3090, GeForce RTX 3080 dan GeForce RTX 3070.

NVIDIA GeForce RTX 3080 sudahpun dilancarkan, dan NVIDIA menawarkannya sebagai kad grafik yang cukup sesuai untuk tujuan gaming pada resolusi 1440p dengan kadar segar semula tinggi ataupun 4K pada kadar segar semula 60FPS.

Nampaknya NVIDiA bakal memperkenalkan lebih banyak lagi kad grafik, jika tirisan daripada Gigabyte ini adalah benar. Melalui sebuah pautan yang sudahpun diturunkan oleh mereka, NVIDIA dijangka memperkenalkan tiga lagi kad grafik baru.

Ini termasuklah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dengan memori GDDR6X sebanyak 20GB, NVIDIA GeForce RTX “3070S” dengan 16GB memori GDDR6 dan juga NVIDIA GeForce “RTX 3060S” dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB.

Sebagai perbezaan, NVIDIA GeForce RTX 3080 yang baru dilancarkan hadir dengan 10GB memori GDDR6X, manakala NVIDIA GeForce RTX 3070 diumumkan dengan 8GB memori GDDR6.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah model-model terbaru keluaran NVIDIA ini akan keluar ke pasaran antarabangsa dan tempatan, dan juga perbezaan dari segi tanda harga kad-kad grafik Ampere yang diumumkan sebelum ini.



TIPS & ULASAN