Amazfit Band 5 Kini Rasmi – Mi Band 5 Yang Dinaiktaraf Dan Lebih Mahal

Amazfit Band 5 Kini Rasmi – Mi Band 5 Yang Dinaiktaraf Dan Lebih Mahal

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Mi Band 5 adalah penjejak kesihatan terkini dari Xiaomi. Ia adalah satu kemaskini kecil yang memuaskan berbanding Mi Band 4, seperti menyertakan lebih banyak kemampuan – antaranya mampu membaca SpO2, kitaran haid, lebih banyak mod sukan, senaman bernafas dan banyak lagi. Bagi yang tidak tahu, Mi Band 5 dihasilkan oleh Huami – iaitu syarikat yang turut menghasilkan jenama Amazfit.

Terkini, Amzzfit hadir dengan Amazfit Band 5 – iaitu Mi Band 5 tetapi lebih mahal dan lebih berkuasa. Ia menyokong sehingga 11 mod sukan, mempunyai sensor BioTracker 2 PPG untuk imbasan nadi 24 jam, sensor SomnusCare untuk pemantauan tidur, sistem pemantauan tekanan dan PAI dari Huami dan juga SpO2 dari OxygenBeats. Lebih menarik, ia turut mempunyai sokongan pembantu digital Alexa, untuk pengguna membuat peringatan, mengawal peranti berhubung. Ini bermakna Amazfit Band 5 mempunyai mikrofon terbina.

Skrin adalah 1.1-inci AMOLED dengan sokongan lebih 45 muka jam dan turut boleh menggunakan imej tersendiri sebagai muka jam. Bateri dikatakan mampu bertahan selama dua minggu dengan saiz 125mAh dan mencecah 25 hari jika menggunakan mod penjimatan kuasa.

Ia dilihat disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat dengan harga jualan $45, iaitu sekitar RM185.



TIPS & ULASAN