Realme C17 Dilancarkan – Sokong Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Kuad-Kamera Utama

Realme C17 Dilancarkan – Sokong Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Kuad-Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Akhirnya rasmi, Realme C17 telah diperkenalkan kepada umum sebentar tadi. Peranti ini merupakan model terkini di bawah siri Realme C yang hadir dengan sejumlah penambahbaikan lebih menarik.

Realme C17 hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia juga dilengkapi pemproses Snapdragon 460 (11nm), memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Empat kamera utamannya disertakan dengan gabungan 13-Megapixel (utama) (f/1.8) + 8-Megapixel (ultra-lebar) (f/2.2) + 2-Megapixel (makro) (f/2.4) + 2-Megapixel (B&W) (f/2.4). Kamera hadapannya pula sebesar 8-Megapixel (f/2.0) yang ditempatkan pada panel hadapan berlubang.

Bateri yang disertakan pula adalah sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Spesifikasi lain termasuklah Bluetooth 5.0, sokongan tiga slot kad, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari fizikal. Sebagai pilihan, peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Navy Blue dan Lake Green. Realme C17 dijual pada harga BDT15,990 (~RM776) dan buat masa ini, belum diketahui bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN