Google Mengacah Logo Baru Untuk GMail – Mungkin Juga Perubahan Rekaan Antaramuka Bakal Tiba

Google Mengacah Logo Baru Untuk GMail – Mungkin Juga Perubahan Rekaan Antaramuka Bakal Tiba

Diterbitkan pada Sep 21, 2020 oleh .

Google sejak kebelakangan ini kerap mengemaskini aplikasi dan perkhidmatan mereka dengan rekaan baru, ikon baru serta banyak ciri dan fungsi menarik. Sepanjang tempoh Covid-19 ini, Google telah memperkenalkan Meet, Chat dan Room di dalam GMail – yang mana menjadikan GMail sebagai hab produktiviti. Terkini, GMail mungkin akan hadir dengan perubahan antaramuka serba baharu berserta dengan logo baru.

Ini kerana, lukisan teknikal untuk logo baru GMail telah didedahkan. Ia memperlihatkan penggunaan huruf “M” sebagai logo. Secara tidak langsung Google telah meninggalkan rekaan ikon sampul surat yang telah digunakan mereka sejak tahun 2004 lagi. Rekaan logo ini besar berkemungkinan akan menggunakan tema warna Google sendiri, seperti perubahan besar yang berlaku pada Google Maps bulan Februari lalu. Penggunaan warna merah, kuning, hijau dan biru adalah gabungan warna yang cukup ikonik untuk Google.

Ini akan menjadikan aplikasi GMail terus selari dengan lebih banyak aplikasi Google tersendiri yang sudah menggunakan rekaan ikon sebegini. Perkara ini juga memberi petanda yang lebih banyak ciri dan fungsi serta mungkin juga rekaan baharu untuk pengguna kelak. Ini akan menjadikan pengalaman penggunaan lebih mudah dan selesa. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN