Carian
Rasmi : OnePlus 8T Akan Dilancarkan Pada 14 Oktober
September 21, 2020 Aman

OnePlus hari ini telah mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar mereka yang seterusnya, OnePlus 8T pada 14 Oktober kelak.

OnePlus masih belum berkongsi berkenaan apakah yang akan dibawakan oleh OnePlus 8T ini. Mengikut desas-desus, OnePlus dijangka menawarkan cip pemprosesan yang sedikit dinaik-taraf, disamping penawaran skrin pada kadar segar semula tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 Oktober ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh OnePlus.

Komen