Samsung Galaxy M51 Dengan Bateri 7000mAh Berharga RM1599 Di Malaysia

Samsung Galaxy M51 Dengan Bateri 7000mAh Berharga RM1599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Samsung kini dilihat telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy M51.

Samsung Galaxy M51 hadir dengan skrin 6.7-inci FHD+ Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Menjadi fokus untuk peranti ini adalah bateri bersaiz besar, iaitu 7000mAh. Ia turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas 25W.

Ia turut menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Melalui penyenaraian rasmi di Lazada, Samsung Malaysia menawarkan Galaxy M51 ini pada harga RM1599 bermula 24 September 2020 ini. Bagi anda yang berminat juga, boleh mendapatkan telefon dengan 7000mAh pada harga RM1399 hanya khusus pada 24 September 2020 ini.

Beli : Samsung Galaxy M51



TIPS & ULASAN