Samsung Developer Conference 2020 Dibatalkan Ekoran Pandemik Covid-19

Samsung Developer Conference 2020 Dibatalkan Ekoran Pandemik Covid-19

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Samsung kini mengesahkan bahawa acara tahunan, Samsung Developer Conference (SDC) tidak akan dianjurkan pada tahun ini berikutan penularan pandemik Covid-19 yang belum reda. Untuk rekod, ini adalah kali pertama acara tahunan ini tidak dianjurkan untuk tempoh lima tahun.

Samsung dalam kenyataannya berkata, mereka meluahkan rasa kecewa berhubunga perkara yang berlaku. Tetapi, ia langkah terbaik yang perlu diambil untuk kesihatan dan keselamatan pelbagai pihak termasuk kakitangan, pemaju, rakan kongsi dan komuniti tempatan yang harus menjadi keutamaan. Samsung berkata lagi, namun begitu mereka akan tetap komited untuk mencari jalan terbaik bagi memastikan komuniti pemaju dimaklumkan mengenai kemas kini terbaru. Selain, terus optimis dalam usaha membawakan lebih banyak produk inovasi dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.



TIPS & ULASAN