Rights Manager Menentang Masalah Gambar Yang Dicuri Di Facebook Dan Instagram

Rights Manager Menentang Masalah Gambar Yang Dicuri Di Facebook Dan Instagram

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Masalah utama meletakkan gambar di media sosial ialah ia kemudiannya dikongsi semula pada laman lain tanpa kebenaran. Ia menjadi modus operandi pelbagai media atas talian yang berpegang kepada konsep sekiranya ia di Internet ia boleh digunakan tanpa perlu membayar royalti kepada pemegang harta intelek. Masalah gambar yang digunakan semula tanpa kebenaran ini boleh ditentang menggunakan ciri terkini Rights Manager.

Facebook memperkenalkan Rights Manager bagi memudahkan pemilik harta intelek mengawal penggunaan semula gambar milik mereka di Facebook dan Instagram. Panel Rights Manager boleh diakses menerusi tetapan Creators Studio.

Pemilik gambar boleh menetapkan halangan ke peringkat global atau wilayah tertentu sahaja. Pengguan perlu terlebih dahulu melakukan permohonan supaya gambar yang dimuat naik dilindungi hak penggunaannya

Kecerdasan buatan Facebook akan mencari gambar yang telah dituntut haknya pada rangkaian platform mereka dan memberikan notifikasi kepada pengguna apabila pelanggaran hakcipta ditemui. Pada waktu ini Rights Manager hanya dibuka kepada beberapa media tertentu sahaja sebelum diberikan kepada semua pengguna di masa hadapan.



TIPS & ULASAN