Carian
Pengguna OnePlus Nord Melaporkan Masalah Peranti Yang Terformat Secara Tiba-Tiba
September 22, 2020 Fahim Zahar

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus terbaru yang menjamin pengalaman penggunaan seakan sebuah peranti mercu. Ia mempunyai spesifikasi yang menarik, seperti janaan cip Snapdragon 765G, skrin 90Hz AMOLED, kamera kuad-lensa 48MP serta Oxygen OS yang lancar. Harga jualan di Malaysia adalah serendah RM1,799 yang mana agak kompetitif untuk peranti yang dijana cip ini.

Terkini, banyak pengguna OnePlus Nord melaporkan masalah yang peranti mereka secara tiba-tiba ditetapkan semula ke tetapan kilang dengan memadam kesemua data pengguna. Menjadikan perkara ini masalah besar adalah, tiada siapa tahu sama ada ini adalah masalah perisian ataupun tidak – kerana perkara ini berlaku kepada pelbagai versi Oxygen OS yang dijalankan pada peranti ini. Ada laporan menyatakan masalah ini berlaku banyak kali pada suatu masa yang sama, peranti yang kerap tergendala atau juga kerap reboot semula.

Masalah ini juga sudah berlarutan selama beberapa minggu dan sehingga hari ini masih tiada jalan penyelesaian. Walaupun pihak OnePlus telah sedar akan masalah ini, tetapi sehingga hari ini mereka masih tidak memberikan sebarang maklum balas bagaimana pengguna boleh mengelak dari isu ini.

Sumber: [1], [2], [3], [4], [5]

Komen