Google Menghentikan Penjualan Pixelbook Generasi Pertama

Google Menghentikan Penjualan Pixelbook Generasi Pertama

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Pixelbook adalah komputer riba Chrome OS Google tersendiri, atau Chromebook. Ia adalah Chromebook premium dengan spesifikasi terlampau hebat untuk sistem operasi yang terhad penggunaannya. Tetapi ia adalah antara yang paling popular, seperti satu-satunya Chromebook dengan sokongan Google Assistant pada ketika itu, bahan binaan premium serta skrin yang baik (walaupun bezel tebal).

Terkini, Google dilihat telah menghentikan penjualan Pixelbook generasi pertama dan mencadangkan pengguna membeli Pixelbook Go yang mempunyai bahan binaan lebih murah. Pixelbook mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan pada ketika ini ia sepatutnya masih menerima kemaskini lagi untuk beberapa tahun. Walaupun begitu, dari segi teknologi ia sudah tertinggal jauh di belakang dan sudah sampai masa versi baru diperkenalkan.

Tetapi pada acara Google 30 September ini, Google dilaporkan akan fokus kepada Pixel 4a 5G, Pixel 5 dan dongel Android TV mereka sahaja. Tetapi mungkin akan ada kejutan untuk produk berkaitan Chrome OS. Pixelbook generasi pertama turut menerima nasib seakan banyak peranti Pixel di Malaysia, iaitu versi refurbished banyak dijual pada harga tidak masuk akal.



TIPS & ULASAN