Microsoft kini telah mengumumkan mereka mereka akan mengambil-alih ZeniMax Media, syarikat disebalik penerbit permainan popular Bethesda. Microsoft mengumumkan akan membayar sekitar $7.5 bilion untuk syarikat berkenaan.
Bagi yang tidak mengenali akan Bethesda, mereka merupakan syarikat disebalik permainan popular seperti Fallout, The Elder Scrolls, dan juga Doom. Dengan pengambil-alihan ini, ia secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi penawaran permainan untuk Xbox dibawah Microsoft.
Walaupun diambil-alih, ZeniMax akan terus beroperasi secara bebas dan berasingan seperti biasa sebelum ini.
Sebelum ini, Microsoft turut telah mengambil-alih beberapa syarikat dalam mengukuhkan penawaran permainan mereka, termasuk Minecraft.