Logitech Memperkenalkan Tetikus Produktiviti Premium Nirwayar MX Anywhere 3

Logitech Memperkenalkan Tetikus Produktiviti Premium Nirwayar MX Anywhere 3

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Bagi anda yang sering atau gemar menggunakan komputer riba di pelbagai lokasi, anda pasti mengenali mengenai tetikus Logitech MX Anywhere, iaitu tetikus yang boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan.

Terkini, Logitech telah memperkenalkan generasi ketiga tetikus ini, yang dinamakan Logitech MX Anywhere 3. Ia masih lagi hadir dengan rekaan padat yang sama seperti sebelum ini dengan butang klik kiri dan kanan, dan juga roda tatalan yang kini menggunakan roda MagSpeed yang mampu menatal sehingga 1000 barisan teks dalam masa satu saat.

Dari segi pengecasan, MX Anywhere 3 kini menggunakan palam pengecasan USB Type-C, dimana satu pengecasan penuh membolehkannya digunakan selama 70 hari berturut-turut. Apabila dicas selama seminit, tetikus ini boleh digunakan selama tiga jam berturut-turut.

Dari segi sambungan ke peranti, sebuah tetikus MX Anywhere 3 ini boleh disambungkan ke tiga peranti sekaligus, dan boleh ditukar sambungannya dengan menekan satu butang sahaja. Ia juga boleh digunakan pada peranti-peranti Windows, MacOS, iPadOS dan ChromeOS.

Menurut Logitech, tetikus MX Anywhere 3 ini boleh dibeli di beberapa pasaran terpilih buat masa ini pada harga $79.99 (~RM320).



TIPS & ULASAN