Carian
Xiaomi Bakal Hadir Dengan “Gaming Monitor” Dengan Skrin 240Hz Dan 360Hz
September 22, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi mula memasuki pasaran paparan permainan video pada tahun lepas melalui Xiaomi Mi Gaming Monitor. Tahun ini, paparan ini memasuki pasaran Malaysia. Xiaomi turut mengembangkan produk ini dengan memperkenalkan paparan dari jenama Redmi, iaitu Redmi Display 1A.

Terkini ada laporan yang menyatakan Xiaomi bakal hadir dengan dua lagi paparan khusus untuk permainan video. Apa yang menarik adalah, ia mungkin akan berada dalam kategori premium kerana dikhabarkan akan menyertakan sokongan 240Hz dan 360Hz. Secara tidak langsung, ia akan berasing dengan paparan dari MSI atau Asus ROG. Menurut sumber, Xiaomi mungkin akan menggunakan spesifikasi seakan Acer Predator X25, dengan penggunaan panel skrin IPS.

Paparan ini dilaporkan mungkin akan mula dilancarkan pada sekitar bulan November atau juga Disember.

Komen