Longcat ialah antara kucing terawal menjadi lagenda meme global sekitar tahun 2006. Kucing sepanjang 65 sentimeter ini telah digunaakan dalam ratusan meme yang menambah-nambah kepanjangannya untuk menghasilkan kandungan humor. Berita sedih hari ini ialah Longcat telah dilaporkan meninggalkan dunia di Jepun dua hari yang lalu

Longcat atau nama sebenarnya Shiroi meninggal dunia pada usia 18 tahun. Shiroi mula mendapat perhatian internet pada tahun 2006 apabila imejnya diterbitkan di laman 2Chan. Imej ini kemudian dimapulasi untuk meletakkan Shiroi di dalam pelbagai situasi seperti menentang Gozdilla dan pergi ke angkasa lepas.
Dengan kematian Shiroi, semakin banyak kucing-kucing tular telahpun meninggalkan kita. Hanya tahun lalu Grumpycat telah meninggal dunia.