Twitter merupakan salah satu platform yang aktif digunakan peminat K-Pop untuk berinteraksi mahupun berbincang berkenaan dengan artis, lagu dan juga pelbagai perkara melibatkan K-Pop.
Bercakap mengenai #KPopTwitter, laman sosial berkenaan mengatakan terdapat lebih 6.1 bilion Tweet berkaitan K-Pop sepanjang 12 bulan yang lepas di seluruh dunia. Menariknya, untuk julung kalinya, Twitter kini turut berkongsi data menarik berkaitan #KPopTwitter melibatkan pengguna Malaysia.
Untuk pasaran Malaysia, artis K-Pop yang paling disebut adalah BTS, EXO, BlackPink, Twice dan juga TXT.



Dari segi lagu pula, yang popular adalah #Obsession oleh Exo, #On oleh BTS, #BlackSwan oleh BTS, #FeelSpecial oleh Twice dan juga #Shadow oleh BTS.



Twitter mengatakan pada hari ini terdapat lebih 300 topik berkaitan K-Pop yang boleh diikuti, sekaligus memudahkan pengguna untuk terus berhubung dan bersembang dengan komuniti peminat K-Pop ini.