Huawei Dilaporkan Akan Hadir Dengan Paparan Melengkung Memfokuskan Permainan

Huawei Dilaporkan Akan Hadir Dengan Paparan Melengkung Memfokuskan Permainan

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Kebanyakan syarikat telefon pintar di Malaysia sudah mempunyai produk televisyen. Tidak kira OnePlus, Xiaomi atau Huawei – masing-masing ada televisyen pintar tersendiri. Xiaomi mempunyai produk paparan tambahan, seperti Mi Gaming Monitor khusus untuk permainan video. Huawei terkini dilaporkan, mungkin akan memasuki arena paparan ini.

DigiTimes, melaporkan yang Huawei bakal hadir dengan paparan skrin melengkung memfokuskan kepada permainan video. Panel skrin ini dikatakan akan dihasilkan oleh BOEVT, iaitu syarikat ODM milik BOE. Huawei turut mungkin akan hadir dengan dua hingga tiga model berbeza dari saiz 27-inci sehingga 34-inci.

Huawei sudah pun memasuki arena komputer riba dan desktop. Jadi perkara ini tidak mengejutkan, kerana jika mereka sudah ada produk berkaitan komputer – hadir dengan paparan sendiri adalah masuk akal.



TIPS & ULASAN