Royole FlexPai 2 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi setelah diperlihatkan buat pertama kali pada Mac yang lalu. Peranti boleh-lipat generasi kedua dari Royole ini mengembalikan rekaan skrin yang dibuka keluar untuk menjadi mod tablet dengan spesifikasi yang dipertingkatkan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2020/09/Royole-FlexPai-2-5G-B-950x535.jpg)
Ia dilengkapi skrin boleh-lipat sebesar 7.8″ FHD+ bernisbah 4:3. dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4450 mAh dengan sokongan pengecaan 18W.
Tri-kamera utama menggabungkan sensor 64+12+8+32 megapixel. Lensa sudut lebar dipadankan dengan sudut ultra lebar, telefoto dan potret. Ini sahaja sistem kamera yang digunakan tidak seperti yang ditemui pada Galaxy Z Fold2. Walaupun menggunakan kuad-kamera, bonggolnya kelihatan tidak terlalu tinggi.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2020/09/Royole-FlexPai-2-5G-C-950x534.jpg)
Walaupun dilengkapi Peranti ini menggunakan Android 10 dengan pelancar waterOS 2.0. Terdapat juga pembesar suara stereo
Keseluruhan peranti adalah bersaiz 89.4 x 133.8 x 12.8 mm dalam kedudukan tertutup dan 186.2 x 122.8 x 6.3 mm dalam mod terbuka. Ia juga sebesar 339 gram, hampir 100 gram lebih berat berbanding Fold2 yang seberat 282g.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2020/09/Royole-FlexPai-2-5G-D-950x535.jpg)
Menurut Royole, engsel 3S FlexPai 2 telah diuji untuk digunakan sehingga 1.8 juta kali bagi membolehkan ia digunakan untuk tempoh yang lama tanpa perlu risau berlaku kerosakan.
Di China Royole FlexPai 2 5G dijual pada harga RMB 9988 (~RM 6086) untuk versi 8/256GB menakal versi 12/512GB dijual pada harga RMB 11588 (~RM 7061) dalam pilihan warnaCosmic Gray, Midnight Black damn Sunrise Gold.