Cari @ Amanz

Banyak pilihan televisyen pintar yang ada di Malaysia ini. Ada yang menjalan sistem operasi tersendiri seperti Samsung dengan Tizen, LG dengan webOS dan banyak jenama lain dengan Android TV. Salah satu jenama yang sedia terkenal di Malaysia adalah Hisense, yang pada awak menjual televisyen berharga mampu milik. Kini mereka turut menjual produk yang premium.

Terkini, mereka telah melancarkan Hisense 4K ULED U800QF untuk pasaran tempatan. Seperti namanya sendiri, ia adalah televisyen pintar dengan panel ULED. Ia menggunakan saiz skrin 65-inci, dengan resolusi 3840×2160, menyokong paparan Dolby Vision HDR, dan menjalankan sistem operasi Android TV. Televisyen ini turut menyokong Netflix secara rasmi, serta mempunyai sistem operasi tambahan VIDAA OS versi U4.

ULED adalah panel skrin yang dihasilkan oleh Hisense sendiri, yang mana adalah sejenis panel LED dengan teknologi Quantum Dot untuk paparan gamut warna yang lebih luas. Televisyen ini dikategorikan sebagai televisyen premium mampu milik dan dijual pada harga RM4,999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd