Ini ialah Spesifikasi Lengkap Pixel 5 Yang Sudahpun Tertiris

Ini ialah Spesifikasi Lengkap Pixel 5 Yang Sudahpun Tertiris

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Tahun ini Google melawan arus dengan tidak melancarkan langsung peranti mercu. Sebaliknya peranti-peranti Pixel akan sekadar menggunakan cip kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G. Malam semalam spesifikasi Pixel 5 akhirnya tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture

Peranti dilengkapi skrin 6″ OLED FHD+ yang menyokong 90Hz, dijana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 4080 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Kamera utama sekadar menggunakan 12+16 megapixel dengan sokongan sudut lebar dan sudut ultra lebar. Masih tiada sokongan sistem telefoto berprestasi tinggi nampaknya. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto 8-megapixel digunakan yang diletakkan di dalam lubang kamera seperti Pixel 4a. Kemampuan rakaman video juga sehingga 4K 60FPS sahaja.

Kelebihan yang ada ialah pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan kemampuan kalis air IP68. Peranti ini akan dilancarkan pada 30 September kelak dengan harga jualan diramalkan sekitar $600 (~RM2484) sebuah.



TIPS & ULASAN