Cari @ Amanz

Intel kini mengatakan mereka telah menerima lesen daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk terus menawarkan beberapa produk kepada Huawei Technologies.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat telah menghalang syarikat negara berkenaan untuk menawarkan khidmat atau produk kepada pihak Huawei. Apa pun, terdapat beberapa syarikat yang membuat permohonan untuk terus bekerja dengan Huawei, dan yang dibenarkan diberikan lesen khusus.

Selari dengannya, Intel mengatakan telah menerima lesen berkenaan dan akan terus mmenawarkan beberapa produk mereka kepada gergasi China berkenaan. Ini bermakna, kita mungkin akan dapat terus melihat penawaran komputer riba daripada Huawei.

Selain Intel, beberapa syarikat lain yang turut telah membuat permohonan adalah termasuk SMIC dan juga SK Hynix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd