Poco X3 NFC Versi 8GB RAM Diperkenalkan Di India

Poco X3 NFC Versi 8GB RAM Diperkenalkan Di India

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Poco X3 adalah peranti kelas pertengahan baru dari Pocophone, yang mana adalah peranti pertama dunia dengan cip Snapdragon 732G. Peranti ini turut didatangkan dengan kamera 64MP serta di jual di Malaysia pada harga serendah RM899. Tetapi di Malaysia peranti ini terhad dengan memori 6GB RAM sahaja dan pilihan storan 64GB atau 128GB.

Terkini, Poco X3 baru sahaja dilancarkan di India. Apa yang menarik adalah, di pasaran sana versi 8GB RAM ditawarkan. Spesifikasi semua sama sahaja, cuma ada satu versi tambahan dengan memori yang lebih besar. Storan dalaman pula adalah 128GB. Harga jualan di sana adalah INR19,999 iaitu sekitar RM1,124. Ini adalah tidak jauh beza dengan versi 6/128GB yang dijual di Malaysia iaitu RM1099.

Buat masa ini, Xiaomi Malaysia masih tidak mengumumkan jika variasi ini akan dijual di Malaysia ataupun tidak. Tetapi agak menarik untuk lihat versi yang memorinya lebih besar, kerana dengan itu prestasi akan dijamin lebih lancar.



TIPS & ULASAN