Mi Store Bergerak Diperkenalkan Di India – Memfokuskan Kawasan Luar Bandar

Mi Store Bergerak Diperkenalkan Di India – Memfokuskan Kawasan Luar Bandar

Diterbitkan pada Sep 22, 2020 oleh .

Xiaomi Mi Store adalah kedai fizikal Xiaomi yang berada di merata tempat di seluruh negara. Pada kami, kedai fizikal di Shenzhen adalah antara yang menarik kerana rekaan dalamannya, tawaran produk serta suasana yang selesa. Di Malaysia, kedai fizikal Xiaomi juga mudah sahaja ditemui. Ada yang diuruskan oleh DirectD ada juga yang diuruskan oleh Switch.

Terkini di India, Xiaomi telah memperkenalkan #MiStore-on-wheels – iaitu Mi Store bergerak yang menggunakan lori seakan trak makanan. Mi Store bergerak ini memfokuskan jualan barangan Xiaomi di kawasan luar bandar dan akan berlangsung selama 40 hari.

Di India, jenama Xiaomi menerima sambutan yang amat hebat. Tetapi disebabkan kebanyakan Mi Store berada di bandar dan jika membeli secara atas talian, kawasan luar bandar biasanya mempunyai masa penghantaran yang lama. Dengan adanya projek “#MiStore-on-wheels” ini, Xiaomi lebih mudah untuk menggembirakan ramai peminat mereka.



TIPS & ULASAN