Cari @ Amanz

Qualcomm Snapdragon 750G Diumumkan – Cip 5G Pengganti Snapdragon 730G

Link Copied!

Jumlah pengguna rangkaian 5G akan hanya meningkat dengan wujudnya peranti kelas pertengahan yang lebih mampu milik. Tahun lalu Snapdragon 765G telah diumumkan seperti yang dapat dilihat di pasaran Malaysia, peranti dengan cip ini masih lagi dijual pada harga yang tinggi. Maka hari ini Qualcomm Snapdragon 750G telahpun diumumkan yang dihasilkan dengan teknologi 8nm.

Snapdragon 750G ialah cip pengganti kepada Snapdragon 730G. Cip dengan lapan teras ini dilengkapi CPU Kryo 570 dengan kelajuan maksimum 2.2 GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 619. Menurut Qualcomm kemampuan grafik meningkat sehingga 10% dan kemampuan pemprosesan pula meningkat sehingga 20% berbanding Snapdragon 730G. Dengan kemampuan mencecah 4 TOPs, kemampuan kecerdasan buatan Snapdragon 750G juga 20% lebih baik berbanding cip generasi terdahulu.

Menerusi modem X52, rangkaian 5G Sub-6GHz dan gelombang milimeter juga disokong. Kelajuan muat turun puncak ialah 3.7 Gbps  dan kelajuan muat baik puncak pula ialah 1.6 Gbps.

Peranti pertama yang menggunakan Snapdragon 750G akan dikeluarkan oleh Xiaomi menjelang penghujung tahun ini.

Kamera sehingga 192MP disokong atau dwi-kamera 32MP yang dipadankan dengan cip pemproses imej  Qualcomm Spectra 355L. Menerusi cip ini juga paparan FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz disokong.


Komen ()