Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan pelayar web Microsoft Edge untuk pengguna Linux bermula Oktober ini.

Pelayar web generasi baru daripada Microsoft ini hadir berasaskan enjin Chromium. Microsoft mengatakan ia akan ditawarkan melalui saluran pembangun bermula Oktober ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Microsoft akan menyertakan semua ciri-ciri pelayar web Edge pada versi ujian ini kelak, atau sekadar mengehadkan kepada ciri-ciri utama sahaja.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Oktober ini untuk melihat penawaran pelayar web baru Microsoft untuk pengguna Linux.